Praktikal, AITI,UTM Skudai,JB

aiti

 

Semester akhir aku menjalani praktikal kat Advance Information Technology Institute ( AITI ) kat UTM Skudai. Kat sini aku buat la sket2 keje berkaitan ngan IT. Nak kata aku jadi programmer, tak la juga..Sebab ada gak keje-keje lain yang aku buat…

Memang seronok la juga praktikal kat sini, aku ada ofis dan leh guna computer lab juga..Juz minta je kunci then masuk je la..hehe..Solat pun kat ofis gak..Sepanjang praktikal kat situ, kerap jugalah kita orang makan tengah hari kat restoran Pak Ali. ..Kalau hari Jumaat, kadang-kadang kitaorang makan kat Jaya Jusco Taman U..Kalau ada duit lebih, pergi shopping la..rehat hari Jumaat kan lame sket..hehe..

Yang bestnya praktikal kat sini, kitaorang kene hantar buat data entry dan test sistem kat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),Kota Bharu,Kelantan sampai dua kali..Fully support by AITI..hehe..Dapat duit elaun lak tu..Bukan je daripada AITI,malah HRPZ II pun bagi gak..Sambil tu dapat gak gi shopping tudung dan jalan-jalan..Cuma yang tak bape bestnye..makan makanan hospital..huhu..Malam ada gak peluang makan kat luar..

Sepanjang out station kat HRPZ II, kawan aku, yang kat gambar kat atas tu, slalu je ajuk cakap nurse-nurse kat situ sebut blood bank dalam loghat Kelantan…Mula – mula lambat je dia nak catch up loghat Kelantan..tapi bila dah dapat…duk ngajuk cakap orang je keje dia..Hehe..

Gambar aku ngan Azizah kat atas tu masa dinner kat Singgah Selalu kat ngan Danga Bay..Pas tu gi jalan-jalan kat Danga Bay..Hehe..Selain tu, kitaorang pun ada gak wat barbeque kat car park area AITI…Seronok la juga praktikal ngan budak-budak UTM..Diorang tak lokek ilmu,walaupun diorang tu advance lagi..

1 Komen

  1. muhammad izwan said,

    macam mana nak mintak praktikal kat situ?saya bidang IT jugak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: