ABOUT ME

mi

Syamsi Wahsyi..itu lah nama yang sering ku guna sebagai nama samaran…Nama ini sudah tentu tidak asing lagi buat teman – teman yang mengenali ku..Aku merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik…(emm..mungkin akan bertambah kot..hihi..)Buat masa ni, akulah satu-satunya puteri dalam keluargaku..ditatang bagai minyak yang penuh..terlalu tinggi harapan yang disandarkan padaku..Alhamdulillah, walaupun aku satu-satunya anak perempuan buat masa ni, aku tetap seorang gadis, tidak terpengaruh untuk menjadi tomboi atau brutal.

Lahirnya aku pada 29 Ogos 1986 memberikan satu harapan yang tinggi pada kedua orang tuaku..Tanpa mereka, siapalah aku..Aku lahir dalam keluarga sederhana, tidaklah terlalu senang, tapi tidaklah terlalu susah…Aku mensyukuri segala nikmat yang diberi kerana apa yang aku lalui membuatkan aku tidak lupa daratan..Aku sering mengingatkan adik-adik, supaya belajar hidup susah kerana bukan selama-lamanya kita akan hidup senang.

Aku dibesarkan di Beaufort, Sabah…Di situ, aku bersyukur kerana telah berpeluang menuntut ilmu duniawi dan agama..Ayahku bukanlah seorang yang suka memarahi anak-anaknya, dia sering berkata bahawa, dia tahu anak-anaknya pandai membezakan yang baik dan yang buruk..Lantaran itu, aku tidak menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan dan cuba untuk melakukan yang terbaik buat diriku dan keluarga yang tercinta.

Emm..kalau nak tahu, aku ni memang sensitif..bak kata kawan baikku Azliyanti Suudi, aku memang sentiasa sensitif…Hehe..Adakalanya aku dapat kawal kesensitifan aku tu, tetapi adakalanya airmataku terus menitis dan merajuk..hihi..Kadang-kadang aku akan nangis bila tengok kuarga aku ngah sedih…Penah buat pertama kalinya adik aku, Azman menangis, aku pun ikut nangis kat bilikku..haha…Burukkan perangai aku?Tapi itulah aku, tak perlu aku menjadi orang lain untuk menarik perhatian mereka. Aku tetap aku…Aku memang tak suka nak marah-marah, tetapi…bila aku dah marah….macam gunung berapi meletus…haha…pas tu menangis..hihi

Panjang gak aku tulis sal aku ni…tak pe..bukan selalu pun..hihi..Hobi aku ialah membaca novel..nak nak Novel keluaran Alaf21..ish..sanggup tak tidur malam kalau dah beli banyak..Aku suka ..sekurang-kurangnya bila aku tension atau sedih, aku akan lupa seketika kerana aku akan menjiwai watak dalam novel tu..Pernah juga pensyarah aku kata bahawa novel tak sesuai tuk hilangkan tension kerana terlalu berat tuk dibaca..tapi aku lain dari yang lain kot..hehe..Selain tu aku suka buat kek..Tapi sorry la aku nak bagitau…aku tak suka buat kek bila disuruh dan diperhatikan..Pernah kakak kawanku minta ajar buat kek, tak jadi..keras cam batu..malu betul la..Nak buat macam mana..Aku memang tak suka disuruh buat apa yang aku suka..biarla dengan kerelaan hatiku sendiri kerana aku akan membuat kek tersebut dengan penuh kasih sayang..dan insya Allah kek tu gerenti sedap..hehe

Aku ni seorang yang sukar nak memafkan diri sendiri,tapi senang memaafkan orang lain..Mungkin aku sentiasa berpegang dengan kata-kata “Lupakanlah jasa kita pada orang lain,Ingatlah jasa orang lain terhadap kita. Lupakanlah kesalahan orang lain terhadap kita, Ingatlah kesalahan kita terhadap orang lain.”Mak aku pun selalu berpesan, biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang. Aku pun tak dapat nak memaafkan diriku kerana dah melukakan hati seorang teman yang amat aku sayang.Tapi payah juga kalau dah biasa jadi begini..orang akan pijak kepala kita..Emmmm..Cukuplah setakat ni je crita pasal aku ye..Nak tau lagi…tanya je..hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: