OPTIMIS

April 7, 2009 at 8:54 pm (Uncategorized)

Allah berfirman, “ Demi sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ( kepada musuh ) dan ( dengan merasai ) kelaparan ( dengan berlakunya ) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar, iaitu orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka akan berkata , “ Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.” Mereka ini adalah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan daripada Tuhan serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya,” ( Surah al – Baqarah: 155 -157 )

Apabila kita diuji Allah dengan pelbagai kesukaran dan musibah, kita sering merintih memohon simpati dan mengeluh kerana tidak berdaya untuk mengharunginya. Apa yang kita tahu hanyalah kesenangan, almaklum la, sekarang ni semuanya dah banyak yang instant. Bukan aku nak mengata, aku tidak bermaksud dan langsung tidak terniat dihati ku untuk mengata mereka yang hidup susah..

Tapi sebagai orang Melayu dan sudah tentunya orang Islam, aku berasa malu melihat mereka yang meminta sedekah di tepi-tepi jalan..Bukannya apa, kalau yang benar-benar tidak mampu,langsung tidak terdaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan tak ape la..ni tak, ada yang sihat walafiat tubuh badan..Apalah salahnya cari pekerjaan yang boleh mengubah nasib mereka..

Jangan salah anggap pabila aku cakap macam tu..Bukan nak menghina mereka pun..Cuma, sesusah mana pun kita, pasti ada jalannya..Yang penting berusaha dan berdoa pada Allah.Pabila kita tidak melupakan Allah, insya – Allah, Allah akan sentiasa ingat kat kita. Lagipun, sekarang banyak badan-badan kebajikan sama ada kerajaan atau NGO yang boleh menghulurkan bantuan…dan duit tersebut mungkin boleh dijadikan modal untuk berniaga secara kecil-kecilan, tak kisah la kalau takat nak jual kuih je.Mengapa perlu membuang masa menadah tangan menanti duit yang belum tentu akan dihulurkan pada kita?Tidakkah sia-sia saja kita duduk di situ andai tiada seorang pun nak menghulurkan duit?

Taniah kepada yang sentiasa optimis terhadap segala ujian yang diberikan Allah. Sesuatu yang buruk dan baik yang menimpa kita adalah lumrah kehidupan yang telah tertulis sejak azali lagi. Oleh itu, perjalanan hidup kita tidak sentiasa tenang, adakalanya ia penuh berliku dengan onak dan duri. Islam menggalakkan umatnya berfikiran positif kerana dengan bersikap positif manusia akan sentiasa sedar dengan kekurangan diri dan akan mendekatkan lagi diri kepada Allah.

Jangan menyalahkan takdir terhadap apa yang telah berlaku..Segala kejadian pasti bersebab dan sudah tentu ada hikmahnya..Yang penting kita kena yakin pada Allah dan yakin kepada kemampuan kita sendiri. Jangan biarkan kita menjadi seorang yang tewas lantaran diuji dengan sedikit halangan dan kekangan.Rasulullah amat menyayangi umatnya yang berfikiran positif kerana itu merupakan ciri – cirri mukmin sejati.

Rasulullah bersabda, “ Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu disekelilingnya. Apabila seorang mukmin itu beroleh kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada Allah. Jika dia ditimoa keburukan, maka dia pun memuji Allah dan bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya. Seseorang mukmin akan tetap diberi pahala atas setiap amalan yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap makanan yang disuapkan kedalam mulut isterinya.” ( Riwayat Ahmad & Abu Daud )

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: