PATAH HATI…

April 1, 2009 at 6:42 am (Uncategorized)

semoga hati yang terluka akan terubat seiring berlalunya masa

semoga hati yang terluka akan terubat seiring berlalunya masa

Patah hati atau lebih sinonim dengan putus cinta begitu dominan dalam kehidupan manusia kerana ia melibatkan soal hati dan perasaan.. BUKAN HANYA KERANA CINTA, patah hati sebenarnya juga boleh terjadi disebabkan perkara lain yang sudah tentunya menjadikan seseorang itu berasa sungguh kecewa, resah, gelisah dan tidak keruan ibarat cacing kepanasan yang buat itu tak kena, buat ini tak kena. Yang paling ketara sudah tentu dia akan termenung panjang.

Seseorang itu patah hati mungkin kerana impian dan cita – cita tidak kesampaian, tidak dihargai atau dipandang rendah oleh orang sekeliling. Biasanya patah hati terjadi kerana kita terlalu obses terhadap sesuatu, misalnya kita ingin mencapai kejayaan yang boleh membuat orang bangga terhadap kita, namun kerana orang seringkali memandang rendah terhadap kita, dan tiada sokongan dan dorongan yang diberikan, maka kita putus asa dan patah hati.

Impak patah hati memang begitu kuat bergantung sejauh mana obsesnya kita terhadap sesuatu itu. Seseorang yang kurang pedoman dan panduan hidup mungkin akan terjerumus kepada perkara mungkar yang akan menyebabkan dirinya jauh terpesong dari akidah dan pastinya akan memudaratkan dirinya seperti membunuh diri, terjerumus dengan kancah maksiat, penggunaan pil khayal atau sebagainya yang mampu menghilangkan atau melupakan kekecewaan yang dialaminya.

Sesetengah orang yang patah hati mungkin akan bangun dan bangkit semula untuk membuktikan kepada orang sekeliling bahawa dia mampu menangkis segala dugaan yang diterima. Pengalaman akan membuat mereka lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara dan mungkin akan cuba mengelak untuk terlibat dengan perkara yang sama atau jika dia ingin melibatkan dirinya, dia akan berubah agar lebih tegas sehinggakan orang berfikir bahawa dia telah berubah menjadi orang asing yang tidak dikenali. Perubahan ini terjadi sudah tentu kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Manakala seseorang yang kuat pegangan agamanya, pasti akan tabah dan redha dengan apa yang terjadi. Tidak dinafikan, pasti ada parut yang berbekas kerana sakit akibat hati dan perasaan memang begitu pedih ibarat ditusuk sembilu. Namun, dia percaya dengan ketentuan Allah dan percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dia yakin apa yang berlaku mesti bersebab. Dan dengan itu, dia akan lebih dekat lagi pada Allah, dan sudah tentu dia semakin kuat untuk menghadapi segala onak dan duri yang bakal melanda.

Anda tergolong dalam situasi yang bagaimana? Saya percaya setiap orang pernah patah hati, sama ada kerana cinta atau kerana hasrat hati tak kesampaian…Memang susah nak mengubati hati yang telah hancur, tapi percayalah, sedikit demi sedikit kekecewaan itu akan terubat apabila masa berlalu. Ambillah selama mana yang kita mahu untuk menghilangkan parut yang berbekas. Parut di tubuh badan pun boleh hilang pada masa sekarang dengan adanya pelbagai jenis krim atau kaedah rawatan, inikan parut kerana kecewa, pastinya ada ubatnya. NAK TAU APA UBATNYA? Bagi saya, tentulah ZIKRULLAH dan INGATLAH PERKARA – PERKARA YANG MENGGEMBIRAKAN. InsyaAllah hati akan menjadi tenang.

Ingatlah, pabila kita kehilangan sesuatu, Allah akan menggantikan dengan sesuatu kerana Allah Maha Mangetahui, Dia tahu apa yang kita perlukan. Jadi janganlah bersedih lantaran kita tidak dapat apa yang kita mahu.

(1/12/2008)

“Dengan bersikap optimis, kekecewaan yang dirasakan tidak begitu mendalam”

2 Komen

  1. sheida said,

    yup,kalau terlalu mengharap,terlaku dalam luka bila kecewa

    • syamsiwahsyi86 said,

      hehe..:-) pernah kecewa ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: