Berhenti Berharap…..

Februari 15, 2011 at 10:11 am (Uncategorized)

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo…

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa…
Haa…

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

 

Terngiang-ngiang lagu ni ditelinga ku..huhu..suma nya ketentuan Allah..tak semestinya apa yg kita kehendaki dan ingini itu menjadi milik kita..Mungkin bagi kita sesuatu itu baik bagi kita,tetapi bagi Allah,mungkin perkara itu kurang sesuai untuk kita dan ada lagi yang lebih baik untuk kita..

Dalam hidup kita, kita sering di uji..seandainya apa yang kita impikan tidak kesampaian dan sememangnya telah ditakdirkan, redhalah dengan ketentuan Allah..berhentilah berharap agar kita tidak akan terus diurung rasa resah gelisah dan kekecewaan yang teramat sangat..Insya Allah,pasti ada hikmahnya.

 

 

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

OPTIMIS

April 7, 2009 at 8:54 pm (Uncategorized)

Allah berfirman, “ Demi sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ( kepada musuh ) dan ( dengan merasai ) kelaparan ( dengan berlakunya ) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar, iaitu orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka akan berkata , “ Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali.” Mereka ini adalah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan daripada Tuhan serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya,” ( Surah al – Baqarah: 155 -157 )

Apabila kita diuji Allah dengan pelbagai kesukaran dan musibah, kita sering merintih memohon simpati dan mengeluh kerana tidak berdaya untuk mengharunginya. Apa yang kita tahu hanyalah kesenangan, almaklum la, sekarang ni semuanya dah banyak yang instant. Bukan aku nak mengata, aku tidak bermaksud dan langsung tidak terniat dihati ku untuk mengata mereka yang hidup susah..

Tapi sebagai orang Melayu dan sudah tentunya orang Islam, aku berasa malu melihat mereka yang meminta sedekah di tepi-tepi jalan..Bukannya apa, kalau yang benar-benar tidak mampu,langsung tidak terdaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan tak ape la..ni tak, ada yang sihat walafiat tubuh badan..Apalah salahnya cari pekerjaan yang boleh mengubah nasib mereka..

Jangan salah anggap pabila aku cakap macam tu..Bukan nak menghina mereka pun..Cuma, sesusah mana pun kita, pasti ada jalannya..Yang penting berusaha dan berdoa pada Allah.Pabila kita tidak melupakan Allah, insya – Allah, Allah akan sentiasa ingat kat kita. Lagipun, sekarang banyak badan-badan kebajikan sama ada kerajaan atau NGO yang boleh menghulurkan bantuan…dan duit tersebut mungkin boleh dijadikan modal untuk berniaga secara kecil-kecilan, tak kisah la kalau takat nak jual kuih je.Mengapa perlu membuang masa menadah tangan menanti duit yang belum tentu akan dihulurkan pada kita?Tidakkah sia-sia saja kita duduk di situ andai tiada seorang pun nak menghulurkan duit?

Taniah kepada yang sentiasa optimis terhadap segala ujian yang diberikan Allah. Sesuatu yang buruk dan baik yang menimpa kita adalah lumrah kehidupan yang telah tertulis sejak azali lagi. Oleh itu, perjalanan hidup kita tidak sentiasa tenang, adakalanya ia penuh berliku dengan onak dan duri. Islam menggalakkan umatnya berfikiran positif kerana dengan bersikap positif manusia akan sentiasa sedar dengan kekurangan diri dan akan mendekatkan lagi diri kepada Allah.

Jangan menyalahkan takdir terhadap apa yang telah berlaku..Segala kejadian pasti bersebab dan sudah tentu ada hikmahnya..Yang penting kita kena yakin pada Allah dan yakin kepada kemampuan kita sendiri. Jangan biarkan kita menjadi seorang yang tewas lantaran diuji dengan sedikit halangan dan kekangan.Rasulullah amat menyayangi umatnya yang berfikiran positif kerana itu merupakan ciri – cirri mukmin sejati.

Rasulullah bersabda, “ Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu disekelilingnya. Apabila seorang mukmin itu beroleh kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada Allah. Jika dia ditimoa keburukan, maka dia pun memuji Allah dan bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya. Seseorang mukmin akan tetap diberi pahala atas setiap amalan yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap makanan yang disuapkan kedalam mulut isterinya.” ( Riwayat Ahmad & Abu Daud )

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

HATI …. Vs …. PARAS RUPA

April 7, 2009 at 8:31 pm (Uncategorized)

Sebelum mengenali seseorang, sudah pasti paras rupa dan penampilan yang akan menjadi tarikan kita..Kita selalu teruja dengan luaran seseorang, orang yang berwajah menawan dan berpenampilan menarik dianggap mempunyai aset lengkap untuk berjaya dalam hidup. Mereka menjadi pujaan dan diagung-agungkan.

Betul tak?Emm..biasalah tu..dah lumrah kehidupan, yang cantik akan diutamakan..Kerana dia cantik, kita anggap dia baik..sedangkan kita belum kenal dia lagi. Tapi ada juga segelintir masyarakat beranggapan bahawa yang cantik tu sombong…Bila kita tengok orang yang muka bengis dan nampak garang tu, kita anggap dia ni jahat pulak..

Setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu perkara.Setelah kita mengenalinya, baru kita sedari bahawa fizikal seseorang itu tidak menjamin kesempurnaan seseorang. Walaupun Allah menyatakan bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan, tetapi yang menjadikan manusia lebih lengkap adalah hati. Hati la yang mencerminkan siapa kita, tempat tersirat segala sifat yang baik dan tercela manusia.

Rasulullah pernah bersabda, yang bermaksud, “ Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan atau harta kekayaanmu. Sebaliknya Allah memandang kepada hati kamu. Maka sesiapa yang memiliki hati yang suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah wahai anak Adam, bahawa orang yang dicintai Allah adalah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu.” ( Riwayat Muslim dan Tabrani ).

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

SUKARNYA MEMOHON KEMAAFAN…

April 5, 2009 at 10:26 pm (Uncategorized)

Yeke?Susah ke nak minta maaf?Bagi aku, kalau memang aku yang salah, aku akan minta maaf. Dah memangnya lumrah manusia, tak lari daripada melakukan salah dan silap..Kekadang tanpa sedar kita telah menyinggung hati dan perasaan orang lain…Apatah lagi dikala diri sedang dikuasai emosi..dan pikiran tidak mampu mengawal..apa yang kita lakukan kita tak perasan akan menyakiti orang lain..huhu.. 😦

Tapi, bila kita senang nak ucapkan kata maaf tu, sukar pulak orang nak memaafkan kita..Aku ada seorang kawan,kenal kejap je…masa tu aku tengah sedih,aku fail..dia bagi nasihat..ntah cam ne ntah, aku aku terasa down sangat masa dia nasihatkan aku,rasa macam dia pandang rendah kat aku dan seolah-olah aku ni terlalu lemah sehinggakan dibandingkan ngan orang lain…Tapi aku tau niat dia baik..dia nak buat aku cepat bangun,tak putus asa..Dia minta maaf kat aku sebab buat aku nangis, tapi bila aku minta maaf kat dia, dia langsung tak cakap sama ada maafkan aku ke tak..Sampai sekarang ni aku masih menunggu dia maafkan aku..huhu 😦

Memang tak dinafikan, ramai gak yang ego, walaupun dia tau dia salah, tapi dia tak nak minta maaf..Ada pula yang suka meletakkan kesalahan tu pada orang lain…Sebenarnya ayat magik ..MAAF..tu memang berkesan..Cuma hati manusia ni je..lembut, tapi ego tu tinggi sangat..dalam hati memang dah maafkan orang yang minta maaf tu, tapi nak tunjuk yang dia ni keras hati pulak..huhu.. 😦

Pautan Kekal 2 Komen

Kereta oh kereta…!!!

April 5, 2009 at 8:55 pm (Uncategorized)

Dalam perjalanan aku nak pergi buat keje aku..Aku ternampak la keretea ni…lawa sangat..huhu…Dah ar warna hitam..fuh…macam nak satu gak..hihi..Nak tau kereta ape?Kereta BMW..hihi..Tapi aku tak minta pun kereta tu..Juz suka tengok je..Kereta idaman aku selama ni nak tau ape?Hihi…Aku rasa aku takkan mampu pun nak beli..Memandangkan ekonomi aku ni yang cukup – cukup makan je..Kereta ape ek??Cuba teka?Perdana V6..hihi..Berangan je kot..Entah bila la dapat beli ek..Masa aku blaja dulu,aku tertarik sangat kat kereta abang sebelah rumah aku tu..hitam metallic, sport rim dia..fuh..jangan cakap ar..dia sanggup gadai tanah dia kat kampong tuk beli sport rim tu (boyfriend kawan aku cakap ar)..asik tukar je….Padahal dia keje kilang je..hihi..gaji besar kot..Aku pun tak mampu lawan dia..hehe..

Actually, aku ni suka kat banyak warna..Walaupun aku suka tengok kereta warna hitam metallic..tapi bila aku nak beli nanti, pasti aku akan pilih warna lain..hihi..mungkin hijau, biru atau putih..Sume tu warna kegemaranku..Takat ni aku rasa aku mampu beli Myvi je kot..Kalau kat Sarawak, Myvi SE memang tak mampu la sebab banyak benda lagi aku nak beli..hihi…Yang penting kena bagi kat mak..😛..Berkat sket duit tu..hihi..Kalau beli Myvi putih,tinted hitam,lawa kan?haha..Tapi bapa aku ni payah sikit..polis katakannnn…Masa aku bagitau dia apa yang aku nak kalau dapat beli kereta, kena perli la pulak..Haha…Nak tau bapa aku kata ape? “Beli kereta bukan untuk melawa, tapi untuk kemudahan.Buat apa nak bazir duit..”..Hihi..aku diam je..tak tau nak kata apa..ala,tapi andai kata aku dah ada kereta, dan aku toch up sikit-sikit..bapa aku tak kan kata ape la kalau dah buat,sebab tu duit aku..hihi.(.Bertuah punya anak.. )

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

KU PETIK BINTANG-BINTANG

April 2, 2009 at 10:15 am (Uncategorized)

Dua bulan lepas, aku mengikuti kursus di Plaza Flamingo, Ampang..Huh..Rasa macam zaman blaja pun ada gak…Hehe..(Memang pun aku pegi kursus untuk blaja apa yang perlu aku buat kat tempat keje.)Hari – hari kena punctuall ikut tentative program yang dah ditetapkan…Lau setakat 2-3 hari..no hal la..Tapi 2 minggu straight..Cuti 1 hari je…Memandangkan dah pasang niat ikhlas nak wat keje ni, jadi dengan hati yang terbuka,kena lah patuh segala arahan SIT..Hehe..Aku harap aku akan jadi seorang pekerja yang bertanggungjawab dan dedikasi.

Ku petik bintang-bintang..Best juga lagu ni…Penceramah memang pandai mencuri tumpuan kami…Siap suruh kitaorang nyanyi sama-sama..Memang seronok la dengar ceramah dia..Tak ngantuk pun..Lau ada yang mengantuk,ada je yang dia nak kitaorang buat..Contohnya chicken dance..haha..kelakar kena menari dalam auditorium..tapi seronok..tak la jenuh duduk je kat kerusi..King Ghaz memang best..

Ape yang ramai peserta tak suka masa kursus ni,kene present sama ada individual atau group task..Sampai ada yang tak puas hati sebab asyik dia je kene present..hehe..So far, aku memang kene present,tiap group yang aku masuk, tiap ahli kene present..Cuma, ada satu task tu, membe aku begitu semangat nak present sampai lupa yang dia dah present bahagian tu..Masa tu je la aku terkecuali kalau present kat auditorium..Lagi satu, ada senam robik..Tu yang ramai tak nak..Ape yang kitaorang buat just jogging pusing kolam je..

Aku ditempatkan kat kelas Firefox (kalau aku tak silap la..hehe)..Member kat kelas tu memang sporting dan co-operate la..Kalau kat kelas, memang aku tak pernah present..hehe..Nak tau kenape?Sebab tutor kitaorang sporting, dia nak habis cepat , jadi setiap task yang diberi, hanya seorang je yang present..Saat yang paling kelakar dalam kelas ialah bila kene suruh buka CPU..Ada yang takut CPU tak hidup semula pas pasang balik..Hehe..Nasib baik aku pernah buka, jadi tak lah rasa cuak…Dah pasang, kene format pulak,kalau format ni, sape-sape yang tak pernah format PC tu terselamat la sebab tak semua yang kene format…PC terpilih je..hihi..

Makan memang best sebab makan kat hotel kan…Tapi tulah…dah namanya orang Malaysia, orang Malaysia juga la..Minggu pertama masih boleh terima segala sajian yang dihidangkan..Masuk minggu kedua, ramai yang mula komplen dah muak..Nasib baik la sarapan pagi banyak choices..Kalau tak, dah tak tahu la nak makan ape..Nak makan kat luar?Penat…Dah la kursus sampai malam..

Aku harap..Apa yang aku dapat dari kursus ni boleh membantu aku dalam keje aku tak kiralah keje yang aku jawat sekarang mahupun keje lain yang mungkin akan aku sandang kelak…Amin..

KU PETIK BINTANG-BINTANG

BIAR PUN BANYAK HALANGAN

RELA TEMPUHI SEGALANYA

ONAK YANG KU PIJAK BAGAI TAK TERASA

KU SEDAR SEJAK MULA

TIADA JALAN YANG MUDAH

TAPI KUYAKINI DI DALAM HATI

AKHIRNYA TERKOTA JUA SUMPAH DAN JANJI

WALAU SUKARNYA BAGIMU SAYANG

PERJALANAN MENYAKITKAN

TAPI HADAPILAH DENGAN KESABARAN

KAN TIBA KEBAHAGIAAN

TIADA BATASANNYA

USIA ATAU RUPA

KITA BERSAMA MEMULAKANNYA

SEHINGGA KE AKHIR KITA TERUS BERDUA

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

PARUT YANG LAMA JANGAN DIBIARKAN BERDARAH KEMBALI..

April 1, 2009 at 7:05 am (Uncategorized)

termenung

Parut yang lama jangan dibiarkan berdarah kembali…cewah, cam jiwang jer kan bunyinya..Setiap orang pasti ada persepsi yang berbeza terhadap ayat tu. Rasa-rasanya pendapat yang majoriti akan bagi ada dua kot.. Semuanya daripada pengalaman aku dan orang-orang sekeliling yang pernah dikongsi bersama…Kiranya ini realiti,bukan fantasi tau.

Persepsi yang pertama, seandainya ayat tersebut ditujukan padanya dan masih ada rasa sayang dalam dirinya, dia akan cuba berusaha untuk memperbaiki kesilapan lalu dan berharap dirinya diberi peluang untuk kali kedua agar hubungan kedua-dua belah pihak akan lebih harmoni dan mesra lagi. Percaya tak kalau aku kata pasangan ini pasti lebih bahagia lagi?Tapi bergantung juga pada empunya diri..,andai kedua-duanya sentiasa bertoleransi,pasti bahagia menanti. Insan yang telah melukakan hati orang itu, pasti akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk merawat parut lama agar tidak berdarah kembali dan memastikan tiada lagi luka yang baru..

Persepsi kedua pula, bukannya dia tidak sayang lagi kat orang yang pernah dilukai olehnya, tetapi kerana dia berasa bahawa mungkin orang itu akan lebih bahagia pabila dia tidak muncul lagi dalam hidup insan terluka itu….Mungkin dia rasa dia tidak mampu membahagiakan dan mengubati hati insan terluka itu…Maka, dia hanya memohon kemaafan dan mengundur diri agar orang yang terluka itu dapat hidup tenang.Hemmmm..aku pernah alami situasi ni..hehe..Bagi aku, melukakan hati orang lebih perit dan terseksa daripada hati terluka…Betulkah???Semuanya bergantung kepada seseroang individu itu sendiri.Apatah lagi jika dia terpaksa melukakan hati orang,bukannya dengan kerelaannya sendiri.Hidup terasa tidak tenang andai tiada kata maaf diberi setelah kemaafan dipohon..Berbelit-belit la erk ayat aku ni..huhu..

Percaya tak…,ada orang pernah memberitahu aku, “Sekarang ni produk nak hilangkan parut dah banyak, jadi senanglah nak hilangkan parut dihati” ?Walaupun dia hanya bergurau…,aku juga terasa.Bagi aku, aku melukakan hati orang lagi terseksa, apa dia senang-senang je nak lukakan hati orang?Huh…cuba fikir,apa yang akan terjadi pada insan-insan yang tak kuat semangatnya…Aku pernah jumpa,ada yang sanggup ambil pil khayal untuk hilangkan sedih, ada pulak yang sanggup bunuh diri..bagi yang masih berfikiran waras, pasti akan menganggap ada hikmah disebaliknya dan akan mendekatkan lagi diri pada Tuhan.

Tapi semua ni hanya kita yang mampu tentukan sama ada nak pilih jalan baik atau salah…Hanya kita yang boleh ubah diri kita dan tentunya dengan sokongan orang di sekeliling kita, Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar. Ingatlah, Allah sentiasa menguji kita..andai kita tidak melupakan-Nya, pasti Dia tidak melupakan kita…Wallah hu a’lam bi sawa’

Pautan Kekal 2 Komen

PATAH HATI…

April 1, 2009 at 6:42 am (Uncategorized)

semoga hati yang terluka akan terubat seiring berlalunya masa

semoga hati yang terluka akan terubat seiring berlalunya masa

Patah hati atau lebih sinonim dengan putus cinta begitu dominan dalam kehidupan manusia kerana ia melibatkan soal hati dan perasaan.. BUKAN HANYA KERANA CINTA, patah hati sebenarnya juga boleh terjadi disebabkan perkara lain yang sudah tentunya menjadikan seseorang itu berasa sungguh kecewa, resah, gelisah dan tidak keruan ibarat cacing kepanasan yang buat itu tak kena, buat ini tak kena. Yang paling ketara sudah tentu dia akan termenung panjang.

Seseorang itu patah hati mungkin kerana impian dan cita – cita tidak kesampaian, tidak dihargai atau dipandang rendah oleh orang sekeliling. Biasanya patah hati terjadi kerana kita terlalu obses terhadap sesuatu, misalnya kita ingin mencapai kejayaan yang boleh membuat orang bangga terhadap kita, namun kerana orang seringkali memandang rendah terhadap kita, dan tiada sokongan dan dorongan yang diberikan, maka kita putus asa dan patah hati.

Impak patah hati memang begitu kuat bergantung sejauh mana obsesnya kita terhadap sesuatu itu. Seseorang yang kurang pedoman dan panduan hidup mungkin akan terjerumus kepada perkara mungkar yang akan menyebabkan dirinya jauh terpesong dari akidah dan pastinya akan memudaratkan dirinya seperti membunuh diri, terjerumus dengan kancah maksiat, penggunaan pil khayal atau sebagainya yang mampu menghilangkan atau melupakan kekecewaan yang dialaminya.

Sesetengah orang yang patah hati mungkin akan bangun dan bangkit semula untuk membuktikan kepada orang sekeliling bahawa dia mampu menangkis segala dugaan yang diterima. Pengalaman akan membuat mereka lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara dan mungkin akan cuba mengelak untuk terlibat dengan perkara yang sama atau jika dia ingin melibatkan dirinya, dia akan berubah agar lebih tegas sehinggakan orang berfikir bahawa dia telah berubah menjadi orang asing yang tidak dikenali. Perubahan ini terjadi sudah tentu kerana dia tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Manakala seseorang yang kuat pegangan agamanya, pasti akan tabah dan redha dengan apa yang terjadi. Tidak dinafikan, pasti ada parut yang berbekas kerana sakit akibat hati dan perasaan memang begitu pedih ibarat ditusuk sembilu. Namun, dia percaya dengan ketentuan Allah dan percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dia yakin apa yang berlaku mesti bersebab. Dan dengan itu, dia akan lebih dekat lagi pada Allah, dan sudah tentu dia semakin kuat untuk menghadapi segala onak dan duri yang bakal melanda.

Anda tergolong dalam situasi yang bagaimana? Saya percaya setiap orang pernah patah hati, sama ada kerana cinta atau kerana hasrat hati tak kesampaian…Memang susah nak mengubati hati yang telah hancur, tapi percayalah, sedikit demi sedikit kekecewaan itu akan terubat apabila masa berlalu. Ambillah selama mana yang kita mahu untuk menghilangkan parut yang berbekas. Parut di tubuh badan pun boleh hilang pada masa sekarang dengan adanya pelbagai jenis krim atau kaedah rawatan, inikan parut kerana kecewa, pastinya ada ubatnya. NAK TAU APA UBATNYA? Bagi saya, tentulah ZIKRULLAH dan INGATLAH PERKARA – PERKARA YANG MENGGEMBIRAKAN. InsyaAllah hati akan menjadi tenang.

Ingatlah, pabila kita kehilangan sesuatu, Allah akan menggantikan dengan sesuatu kerana Allah Maha Mangetahui, Dia tahu apa yang kita perlukan. Jadi janganlah bersedih lantaran kita tidak dapat apa yang kita mahu.

(1/12/2008)

“Dengan bersikap optimis, kekecewaan yang dirasakan tidak begitu mendalam”

Pautan Kekal 2 Komen

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.